Keyrole Management menawarkan pelbagai perkhidmatan
pembangunan perniagaan dan keusahawanan terutamanya kepada pengusaha kecil
serta sederhana (PKS) yang ingin memulakan atau sedang menguruskan operasi
perniagaannya. Kami telah melatih, memotivasi serta memberi galakan dan
dorongan kepada lebih 1000 usahawan supaya terus berjuang di dalam bidang
perniagaan yang sedang mereka ceburi. Kami amat perihatin kepada aspek – aspek
yang berkaitan dengan kualiti, inovatif dan yang paling penting ialah kejujuran
kepada majikan kami iaitu PELANGGAN.
VISI KAMI
Sebagai ‘one stop centre’ yang menyediakan
pelbagai perkhidmatan perniagaan bagi keperluan usahawan bermula dari
penyelidikan pasaran, membangunkan profil syarikat, penyediaan kertas cadangan
hinggalah ke pelan / rancangan perniagaan.
MISI KAMI
Kualiti, Kepercayaan, Kejujuran, Kerjasama,
Ketepatan dan Profesionalism
OBJEKTIF KAMI
Mendidik usahawan kecil dan sederhana sama ada yang
kurang pengalaman atau yang baru memulakan perniagaan untuk memiliki
daya saing yang kreatif dan berinovatif bagi menghadapi pelbagai cabaran di pasaran yang luas di negara ini.
KITARAN
PERNIAGAAN
Dalam membentuk serta membangunkan sesuatu
produk atau perkhidmatan perniagaan itu mempunyai kitarannya yang tersendiri.
Ini dapat dilihat melalui rajah di bawah
Pada peringkat
permulaan perniagaan perkara pertama yang perlu disediakan oleh seorang
usahawan ialah profil syarikat di mana ia seumpama sebuah resume atau CV tetapi
lebih menjuruskan kepada keupayaan dan kebolehan syarikat dalam menawarkan
produk atau perkhidmatan yang relevant kepada prospeknya.
Setelah profil syarikat
diedarkan kepada prospek dan didapati prospek berminat dengan usahawan
berkenaan maka peringkat seterusnya ialah mencadangkan sesuatu produk atau
perkhidmatan yang dapat membantu menyelesaikan masalah prospek tersebut.
Apabila prospek bersetuju dengan
kertas cadangan usahawan tersebut maka satu kontrak atau perjanjian telah
termeterai tetapi usahawan tersebut menghadapi kekangan dari segi modal
dan ingin mendapatkan pembiayaan sama ada daripada institusi kewangan ataupun
pelabur yang berminat dengan perniagaan yang dijalankannya. Oleh itu usahawan
berkenaan akan menyediakan rancangan perniagaan bagi memberitahu kepada
pembiaya tentang hala tuju syarikat dalam masa 3 ke 5 tahun akan datang dan
pulangan yang akan diperoleh dalam tempoh tersebut.
PERKHIDMATAN KAMI
Melalui kitaran perniagaan yang dibentangkan
Keyrole Management menawarkan perkhidmatan yang berhubung dengan pembangunan
perniagaan serta keusahawanan di antaranya ialah
§MEMBANGUN DAN MENYEDIAKAN PROFIL
SYARIKAT
Gaya persembahan yang positif, muka depan (cover
page) yang berwarna, penjilidan yang kemas dan susun atur grafik yang
profesional yang disediakan oleh Keyrole Management membantu meningkatkan lagi
imej perniagaan untuk menarik minat sasaran prospek anda
§MEMBANGUN DAN MENYEDIAKAN KERTAS
CADANGAN
Penyusunan maklumat yang teratur
dengan persembahan yang komprehensive serta penyediaan kos yang tersusun
membantu menyakinkan sasaran pelanggan anda bahawa andalah pilihan tepat mereka
untuk mewujudkan hubungan perniagaan dua hala.
§MEMBANGUN DAN MENYEDIAKAN PELAN /
RANCANGAN PERNIAGAAN ATAU PEMASARAN
Menurut satu kajian yang dilakukan di Havard
Universiti di mana ia menunjukkan hanya 3% daripada usahawan kecil berjaya maju
menjadi sebuah syarikat yang besar di mana elemen utama yang dikongsikan oleh
usahawan – usahawan yang berjaya ini ialah mereka mempunyai pelan atau
rancangan perniagaan yang tertulis dan diikuti secara aktif. Pelan atau
rancangan perniagaan yang disediakan oleh Keyrole Management bukan sahaja
terperinci tetapi berbeza daripada yang lain kerana setiap perniagaan akan
dikaji dari aspek hala tuju industri dan juga trend pasaran masa kini.
§ MEREKODKAN DATA KE SPSS
Selain itu Keyrole Management turut menyediakan
perkhidmatan merekodkan data ke SPSS terutamanya kepada golongan pelajar
separuh atau sepenuh masa di institusi pengajian tinggi dan juga usahawan yang hendak
mengetahui maklumbalas pelanggan mereka di mana kami akan membangunkan variable column, memasukkan data ke
dalam data view serta menganalisis
data berkenaan
PELANGGAN KAMI
Pelanggan merupakan aset terpenting Keyrole Management dan siapakah kami tanpa pelanggan. Di Keyrole Management kami amat menitikberatkan keperluan pelanggan dan ramai di antara mereka yang berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami sediakan di antara pelanggan kami ialah:-
Nama pelanggan : Afes Plastic Industries Sdn Bhd
Status : Syarikat mendapat pembiayaan sebanyak RM2 juta bagi
tujuan pembelian aset bukan semasa dan modal kerja
Nama pelanggan : Cahaya Logistic Enterprise
Status : Syarikat mendapat pembiayaan sebanyak RM350 ribu
bagi tujuan pembelian aset bukan semasa
Nama pelanggan : Qaisy Global Jaya
Status : Syarikat mendapat pembiayaan sebanyak RM150 ribu
bagi tujuan pembelian aset bukan semasa dan
modal kerja
Nama pelanggan : Megat Hijazz Trading
Status : Syarikat mendapat pembiayaan sebanyak RM90 ribu
bagi tujuan pembelian aset bukan semasa
Status : Syarikat mendapat pembiayaan sebanyak RM90 ribu
bagi tujuan pembelian aset bukan semasa
Jika anda
berminat dengan perkhidmatan yang ditawarkan dan ingin mengetahui maklumat
lanjut mengenainya sila hubungi Sha di 012-2037515 atau email ke keyrolemanagement@gmail.com Kami akan menghubungi anda di dalam
tempoh 24 jam. Mulakan langkah anda dengan kami dan bersama – samalah
kita menuju ke puncak kegemilangan