Keyrole Management menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan pengurusan perniagaan kepada syarikat dan juga individu yang akan memulakan perniagaan. Perkhidmatan pengurusan perniagaan yang disediakan oleh Keyrole Management ialah :-
Penyediaan Rancangan Perniagaan
Salah satu langkah yang perlu diambil apabila hendak memulakan perniagaan ialah menulis pelan bisnes atau rancangan perniagaan. Hampir kebanyakan peniaga sama ada yang kecil atau sederhana yang sudah atau akan memulakan perniagaan tidak mempunyai pelan perniagaan disebabkan kesuntukan masa atau tidak tahu bagaimana hendak memulakannya sehingga mereka meredah arus dunia perniagaan tanpa perancangan yang rapi
Oleh yang demikian Keyrole Management boleh membantu anda menyediakan pelan bisnes atau rancangan perniagaan yang bersesuaian dengan jenis operasi perniagaan anda terutamanya sebagai
i. Panduan dalam membuat keputusan perniagaan anda
ii. Cara berkomunikasi dengan pekerja, pelanggan dan rakan niaga
iii. Bagi mendapatkan pembiayaan perniagaan
Di samping itu juga penyediaan rancangan perniagaan kami adalah praktikal bagi memudahkan anda mencapai matlamat di dalam perniagaan yang berpandukan kepada kekuatan dan kemampuan anda
Penyediaan Profil Syarikat
Semasa berurusan dengan syarikat lain sama ada sebagai pembekal ataupun pelanggan, anda perlu memberi maklumat mengenai syarikat anda dan cara yang terbaik ialah bagi menunjukkan yang anda bersungguh – sungguh di dalam bines anda adalah dengan memiliki profil syarikat
Di Keyrole Management kami berpengalaman di dalam membina serta membangunkan profil syarikat dengan gaya persembahan yang positif. Muka depan yang berwarna, penjilidan yang kemas dan susun atur grafik yang profesional berserta dengan visi dan misi bagi mencerminkan imej bisnes anda yang lebih profesional
Penyediaan Kertas Kerja
Keyrole Management juga ada menyediakan perkhidmatan membuat kertas kerja sama ada untuk perniagaan, khidmat sosial, sukan atau persatuan bagi anda yang tidak mempunyai masa untuk menyediakannya. Kertas kerja yang disediakan mengandungi susunan maklumat yang menarik bagi memberi impak kepada bakal pelanggan anda
Penyediaan Simpan Kira dan Perakaunan
Sebagai seorang peniaga anda sepatutnya meluangkan sepenuh masa anda dengan membina empayar bisnes dan mendapatkan keuntungan. Bagi urusan – urusan yang berkaitan dengan simpan kira dan perakaunan Keyrole Management dapat membantu anda dari segi :
- Menguruskan transaksi urusan jual beli
- Mengemas kini simpan kira
- Menyediakan penyata kewangan seperti Penyata Untung Rugi / Kunci Kira - Kira
- Menyediakan laporan kewangan


